01082011 Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan

Sunday 31 July 2011




  • Pintu langit dibuka.


  • Pintu-pintu syurga dibuka.


  • Bulan yang penuh keberkatan.


  • Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.


  • Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.


  • Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.


  • Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.


  • Bulan menambah rezeki.


  • Bulan keampunan : doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.


  • 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,


  • 10 hari pertengahan adalah pengampunan


  • 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.





  • Umar ibnul Khathab r.a. berkata,
    "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya
    dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

     Puasa mengatur keseragaman ummat.
    Selama Ramadhan,
    umat berseragam dalam sahur dan berbuka,
    dalam bekerja dan beristirehat,
    serta dalam solat, istighfar, dan bertaubat kepada Allah.
    Lidah pun seragam dalam bertakbir,
     bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain,
    menjauhi perbuatan keji dan mungkar,
    mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah,
    selalu baik dan bersih zahir batin,
    serta sabar menghadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)

     Imam Al Ghazali berkata,
     "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka,
    dan yang berbuka padahal berpuasa.
    Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum,
     tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa.
    Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus,
     tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

    MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

    Wednesday 27 July 2011

          Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
     "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
     Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,
    "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

                            Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.
    Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan
    mengeluarkan suaranya,
    suara nyalaan api yang sangat menggerunkan,
     semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
     Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,
     "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

                            Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya,
     dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.
     Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,
     "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

    Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata,

     "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

                            Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w.
    " Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "
    Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."
     Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
    Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s.
     "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata,
    "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

                            Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

    LUASNYA NERAKA


    assalamualaikum..
    chek ada smthng yg mmg wajib bg chek tuk share with others..
    insyallah tidak mlebihi 5 minit..


    Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
    kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan
    berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

    "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
    Jawabnya: "Ya Muhammad, aku
    datang kepadamu di saat Allah menyuruh
    supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
    yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
    benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
    aman dari padanya."

    Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
    Jahannam."

    Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
    selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
    sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
    gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
    engkau dengan hak,
    andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
    penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

    Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
    neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
    penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau
    dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
    Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
    bumi yg ke tujuh.

    Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di
    hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung
    timur kerana
    sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
    dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
    api.

    Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya
    yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

    Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
    rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
    bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
    tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:
    iaitu yg lebih
    bawah lebih panas)


    Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
    Jawab Jibrail:

    "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
    kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga
    Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
    Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

    Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

    Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
    bernama Ladha,

    Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

    Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

    Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
    ditanya:

    "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

    Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
    sampai mati belum sempat bertaubat."


    Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
    sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga
    sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh
    besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku
    yang akan masuk ke dalam neraka?"
    Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa
    besar dari ummatmu."
    Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi
    s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
    kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
    selalu menangis dan minta kepada Allah.
    (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

    Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
    sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

    Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

    1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

    2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

    3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

    4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

    5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

    6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

    7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

    8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

    9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
    lautan racun yang hitam pekat.

    10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

    11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
    Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
    semua.Wallahua'lam.
    Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

    Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
    turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
    terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
    oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
    Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

    Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu
    ayat..


    SURAT TAWARAN

    Tuesday 26 July 2011
    Assalamualaikum smua..agk lama chek xupdate chek punye blog..
    tp alhamdulillah masih dberi kesempatan tuk share sdikit sbnyk bout khidupan baru chek nnt..insyallah dlm bln 9 chek akan smbg degree kat kampus yg mmg chek inginkan..
    Bsyukur sgt sbb dpt smbg degree bsama2 ngn shbt chek yg laen w/pun tpakse bjauhan ngn ddkamila n aien...
    namun alhamdulillah,
     sahabat chek ditawarankan dgn kursus yg mmg dieorg nk..haa...

    KELEBIHAN RAMADHAN

    Monday 25 July 2011
    Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

    1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

    2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

    4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

    5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    PENERANGAN HADIS

    1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

    2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

    3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

    4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

    5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

    6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

    7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

    8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

    9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

    10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

    11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...